pertama kali menulis

emm..pertama kali menulis untuk blog.perasaan takut menghantui diri,bukan takut sebenarnya tapi kurang keyakinan diri.ya,itulah masalah yang dihadapi,kurang keyakinan diri.arghh…kenapa jadi kurang?berapa banyak yang kurang?macamana nak tambah tempat yang kurang?.persoalan yang selalu bermain di fikiranku yang sekarang ini sedang berjuang untuk menyelesaikan terlalu banyak masalah.ya,hampir terlupa,teknologi maklumat.pelbagai penyelesaian untuk banyak permasalahan.semoga berjaya mencari jawapan.

waduh,banyaknye jurnal yang hendak dibaca.ini semua gara2 tesis yang tarikh hantarnya sudah hampir.kenapa suka buat kerja saat2 terakhir?bukan sengaja tapi lelehan idea akan lebih mencurah dan likat dalam keadaan paksaan dan tekanan.bukankah banyak membaca meluaskan minda.tesis…tesis…tesis,kaulah sebab aku terpaku lekat dihadapan komputer persis seperti robot yang sedang bekerja.am i a robot?tidak,aku bukan robot,cuma bersikap seperti robot.robot tidak berfikir tetapi aku yang berfikir untuk robot.

kriok…kriok…kriok.bunyi ape itu?ohhh,rupenye perutku sedang melakukan proses penghantaran maklumat melalui sistem pesanan yang agak unik kepada mindaku yang menandakan ianya sedang lapar.tapi sifat ingin malas sedang mengawal diri (boleh dikatakan satu kaedah berkesan untuk diet).ini membuatkan aku terfikir bagaimana tubuh kita boleh diciptakan dengan satu sistem penghantaran maklumat yang sangat super instan untuk diterima.mungkin para teknologis dan saintis perlu menjalankan kajian yang lebih mendalam mengenai ini agar boleh diaplikasikan dalam mempermodencanggihkan lagi teknologi maklumat yang sedia ada.

hoh,sedar tak sedar banyak juga yang aku rapu repekkan kat sini.sungguh tak ku sangka.aku jadi terharu dengan abilitiku untuk mengatasi kekurangan keyakinan dalam diriku.ya,terbukti teknologi maklumat memang mempunyai penyelesaian bagi pelbagai permasalahan.semoga aku menjadi penulis yang rajin walaupun hasilnya tidak seekselen karyawan novelawan dan seniman.

manisan telinga: the upstairs (bunyinya toit…toit…toit)

~ by lombut lidah on March 30, 2008.

One Response to “pertama kali menulis”

  1. sudah mula menulis. bagus incik saudara. aku akan ikuti perkembangan kau.

Leave a Reply