fuhh,aahhh,etc…yang dapat menterjemahkan kelegaan yang aku rasakan ketika ini. akhirnya, selepas bertungkus lumus selama beberapa bulan, berjaya jugak aku siapkan tesisku. dengan harapan dapat markah yang bagus. banyak pengajaran daripada tugasan kali ini yang boleh dikira projek mega bagi aku. kesabaran, ketekunan, dan ketilitian amatlah dititik beratkan untuk menghasilkan setiap helaian kertas yang berkualiti.
perasaan terharu semakin bertambah apabila helaian kertas tadi dibentuk menjadi sebuah buku berkulit keras atau lebih dikenali sebagai “hard cover”. dengan dibaluti warna maroon dan disulami cetakan emas, sekali pandang ianya persis sumber-sumber rujukan dari profesor-profesor yang biasa aku lihat di perpustakaan. pasti golongan bijak pandai tersebut berbangga kerana hasil buah fikiran mereka menjadi rujukan.
aku sering berangan-angan agar satu hari nanti aku bisa menjadi seperti mereka, menjadi bahan rujukan oleh mereka-mereka yang dahagakan ilmu. emm, tiba-tiba satu persoalan muncul dalam kotak fikiranku, kemana perginya tesisku selepas ini? untuk pengetahuan semua, “hard cover” tadi akan diserahkan kepada ketua program aku di mana ianya telah disyaratkan bagi semua peljar yang membuat tesis.
berbalik kepada persoalan tadi. ya, selepas ini kemanakah perginya hasil kerja yang selama ini aku bertungkus lumus hasilkan? sempat aku dan rakan-rakanku berbincangkan tentang persoalan ini. dari pemerhatian aku, hanya beberapa buah sahaja yang dipamerkan di perpustakaan. yang selebihnya pergi kemana? adakah disimpan didalam gudang dan menanti hari untuk di buang? kalau benar ini terjadi sungguh tragis pengakhiran riwayat hidup tesis-tesis ini.
pengakhiran untuk tesisku masih belum ditentukan lagi. kemana?
manisan telinga: explosions in the sky(terasa seperti berada di awangan)
